Top Social

Kenali Saya


2 April 2018


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera.


Hai. Selamat datang ke blog Shaklee saya. Nama saya Siti Munirah, boleh panggil saya Uni. Sudah berkahwin, dikurniakan 2 orang anak dan merupakan seorang ibu yang bekerja sepenuh masa di rumah. Saya adalah Shaklee WAHM :)


Bagaimana boleh kenal dengan produk Shaklee?

Saya mula tertarik untuk menggunakan produk Shaklee semasa mengandungkan anak kedua. Pada masa itu, saya telah bertekad untuk tidak mengambil sebarang produk berasaskan jamu sewaktu berpantang nanti dan saya mencari-cari supplement yang bersesuaian.


Cari punya cari, saya terjumpa dengan produk Shaklee. Yang buat saya sangat tertarik ialah packaging produk Shaklee yang berwarna biru yang pada saya, sangat "eye-catching". Bila mata dah suka melihat, saya mula search pelbagai info berkaitan produk Shaklee terutamanya Set Berpantang. 


Saya mula menggunakannya pada tahun 2012 semasa hamil dan meneruskannya semasa berpantang. Ini adalah kali pertama dalam hidup berpantang sepenuhnya dengan mengambil supplement semulajadi tanpa pengambilan jamu.


Apa Yang Membuatkan Saya Jatuh Cinta Dengan Produk Shaklee?


Dalam Set Berpantang yang saya ambil, saya juga add-on dengan ESP. ESP menjadikan saya lebih bertenaga, suatu perasaan yang sangat berbeza sewaktu saya berpantang melahirkan anak pertama pada tahun 2010 yang lalu. 


Saya rasa lebih cergas dan lebih gembira. ESP membantu saya untuk breastfeed anak saya. Parut bekas jerawat di muka juga semakin pudar. Bahagia sungguh rasanya! (Hanya orang yang ada jerawat dan parut jerawat yang akan memahami perasaan saya ini).


Oh ya, tahu tak tentang stretchmark? Ya, saya merupakan antara wanita yang selepas bersalin, masih lagi "dihiasi" dengan stretchmark di beberapa bahagian badan. 


Saya ok sahaja, namun kadang-kadang datang juga rasa down lihat diri yang seolah-olah tidak cantik seperti dahulu. Suami tidak pernah merungut, katanya, stretchmark itu tandanya saya telah mengandungkan dan melahirkan dua orang zuriat untuknya.


Mmm..walaupun suami tidak merungut, tapi saya tetap seorang wanita yang ingin kekal cantik luar dan dalam hanya untuk suami! :)


Masalah ini akhirnya berjaya diatasi selepas saya mengambil ESP. Kesan stretchmark di sana sini pudar! Tidak lagi jelas kelihatan seperti dahulu dan Alhamdulillah selepas konsisten mengambil ESP selama hampir 2 tahun, tiada lagi kesan stretchmark. Bye-bye stretchmark! :)



Set Shaklee Yang Saya Ambil


Saya bermula dengan Set Berpantang, Set Penyusuan, Set Slimming dan Set Kecantikan Kulit.


Setelah berjaya menyusukan anak sehingga usianya 2 tahun melalui Set Penyusuan, kini saya fokus kepada Set Daily Essential, Set Kecantikan dan Set Slimming.

Suami saya pula mengambil Set Energy For Life serta Set Tulang dan Sendi.

Untuk anak-anak pula saya berikan mereka Set Anak Sihat dan Pintar.

Alhamdulillah, produk Shaklee serasi, selamat dan berkesan untuk seisi keluarga. Cubalah hari ini demi orang yang anda sayangi dan diri anda sendiri.



Impian Saya Dalam Shaklee

Saya bermula sebagai pengedar biasa yang berimpian untuk sampai ke puncak Master Coordinator Shaklee. Saya tahu saya perlu melepasi 6 steps dan kemudiannya rank up Supervisor. Ada 7 rank kesemuanya dan saya yakin satu hari nanti saya juga pasti berjaya menjadi the next Master Coordinator Shaklee :)


UPDATE SEPTEMBER 2018

Saya telah berjaya rank up Supervisor dalam masa 6 bulan. Next target untuk rank up Senior Supervisor. Untuk rank up saya tahu saya perlu bantu orang lain untuk rank up Supervisor.


Ada yang ingin bersama saya dalam Shaklee journey? Saya bersedia membantu dan membimbing anda sepenuhnya kerana saya berada di dalam group besar Master Lavender Rhea Hana (Aura Group) dan Master Nana Macarona (Spectacular)


Jom jadi sebahagian daripada kami. Kejar dan capai impian hidup anda bersama Shaklee! :)



Ingat Shaklee, Ingat Uni :)
|Siti Munirah
Whatsapp +6018-7669798
Shaklee Business Leader
Founder of Superb Group
Pengedar Sah Shaklee yang Aktif dan Komited

Be First to Post Comment !