Top Social

Sustained Release Vita-C Plus - Vitamin C Semulajadi

Monday, April 13, 2020

Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik.

Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.


TAHUKAH ANDA?

Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C.

Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil Vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.


KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Sustained Released Vita-C Plus adalah produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500 mg Vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan Vitamin C dan mengurangkan pembaziran.

Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Diperkayakan dengan 120 mg bioflavonoids sitrus yang bertindak secara sinergi dengan Vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.


CARA PENGAMBILAN

Jadual Pengambilan Vitamin disediakan bagi setiap pembelian.

Kod Produk #10104
180 tablet

Dapatkan Sustained Released Vita-C Plus anda sekarang!


Atau klik link di bawah untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dan membuat pembelian dengan harga ahli


COD area Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor

POS seluruh Malaysia setiap hari

Vivix - Rasa Lebih Muda dan Lebih Sihat

Sunday, April 12, 2020
RASA LEBIH MUDA, LEBIH SIHAT. ALAMI HIDUP YANG LEBIH BERMAKNA, BAHAGIA DAN BERTENAGA

Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.



KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Campuran proprietari saintifik termaju kami adalah berasaskan anggur Muscadine – salah satu buah-buahan semula jadi paling sukar diperolehi dan paling berkuasa.

Anggur Muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, Muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

Di Shaklee, kami memanfaatkan keberkesanan anggur Muscadine ini ke dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.


CARA PENGAMBILAN

Jadual Pengambilan Vitamin disediakan bagi setiap pembelian.

Kod Produk #10320
150 ml / 30 hidangan

Dapatkan Vivix® anda sekarang!


Atau klik link di bawah untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dan membuat pembelian dengan harga ahli


COD area Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor

POS seluruh Malaysia setiap hari

ESP - Kuasa Protein Untuk Tenaga Lebih Lama

Saturday, April 11, 2020


Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian. 

Tingkatkan tenaga harian anda dengan minuman protein kami yang mempertingkatkan TENAGA-stamina anda. 

Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. 

Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein, memberikan tenaga berterusan malah selamat kerana ia berasaskan protein tumbuhan yang berkualiti tinggi.


TAHUKAH ANDA?

Dr. Forrest C. Shaklee mencipta formula protein soya isolat pertama pada tahun 1961.


PENGEKALAN TENAGA SEPANJANG HARI

Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan ke atas gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah anda naik mendadak dan kemudiannya menurun dengan pantas, menjadikan anda letih, mudah rasa terganggu dan lapar.

Makanan Protein Soya Segera juga mempunyai tindak balas “turun-naik” manakala untuk Makanan Protein Soya Segera dengan indeks glisemik rendah, paras gula darah kekal stabil, membantu mengekalkan tenaga, engekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat dan mengekalkan kesihatan jangka panjang.


KEISTIMEWAAN SHAKLEE

1) Shaklee menggunakan protein soya yang tidakdiubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).

2) Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol.

3) Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.

4) Membekalkan 9 asid amino.

5) Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.


CARA PENGAMBILAN

Jadual Pengambilan Vitamin disediakan bagi setiap pembelian.

Kod Produk #11003
850 gram / 30 hidangan

Dapatkan ESP anda sekarang!


Atau klik link di bawah untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dan membuat pembelian dengan harga ahli


COD area Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor

POS seluruh Malaysia setiap hari

Vitalea Iron Formula - Nutrien Penting Untuk Kesihatan Optimum





MENYOKONG KESIHATAN OPTIMUM. NUTRIEN PENTING UNTUK KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN OPTIMUM.

Vita-Lea® adalah formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan.

Vita-Lea® Iron Formula mengandungi 400mcg asid folik, vitamin B yang diperlukan untuk tubuh yang sihat, melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik.*


KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee mencipta salah satu multivitamin pertama di A.S. Dari asas inilah terhasilnya Vita-Lea®.


CARA PENGAMBILAN

Jadual Pengambilan Vitamin disediakan bagi setiap pembelian


Kod Produk #10131
120 tablet

Dapatkan Vita-Lea® anda sekarang!


Atau klik link di bawah untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dan membuat pembelian dengan harga ahli


COD area Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor

POS seluruh Malaysia setiap hari


Jemputan ke Shaklee Business Leaders' National Conference (BLNC) 2020

Tuesday, February 11, 2020


Dup dap dup dap jantung. Inilah kali pertama Uni mendapat jemputan ke Shaklee BLNC, pada tahun kedua Uni serius buat Shaklee.

Apa yang membuatkannya lebih istimewa adalah, nak hadir ke event ini adalah BY INVITATION ONLY untuk leaders yang layak sahaja dan Uni salah seorang daripadanya. Syukur Alhamdulillah ❤️

Rasa diri ini masih "kecil" dalam Shaklee, tapi betul-betul rasa tak sabar nak berada dalam event BLNC ini.

Tak tahu apa yang nak dijangkakan. First time experience is always the exciting one, right? :)

Oh ya, bukan Uni sahaja yang dapat jemputan, malah suami Uni pun dijemput sama. Bestnya!

Shaklee business is truly family business, kami dah sepakat seia sekata sehati sejiwa nak buat sampai jadi. Mesti kasi jadi!

Kehadiran dah pun disahkan. Alhamdulillah.

This is the new beginning. Let's Go and Get It!!

Menulis Adalah Terapi

Friday, January 10, 2020

Uni mula menulis di blog pada tahun 2011. Tujuan menulis adalah sebagai terapi, seronok sebenarnya menulis kerana kita boleh membaca semula tulisan tersebut dan menghayatinya.

Seiring dengan pertambahan usia, peredaran masa, Uni jarang lagi menulis di blog. Beralih pula ke media sosial FB.

Tapi feeling menulis di FB memang tak sama bila menulis di blog. Ini pada pendapat Uni la :)

Asalnya Uni bermula dengan 1 blog, kemudian lahir berjenis-jenis blog dengan pelbagai niche yang berbeza.

End up, Uni fokus kepada blog ini sahaja. Blog personal masih ada, cuma domain saja tak di renew, jadi pembaca tak dapat akses.

Uni fikir nak combinekan catatan di blog personal dengan blog sitimunirah.com ini

Di sini Uni fokus tentang Kesihatan, Kecantikan dan Kehidupan, melalui Shaklee dan pengalaman peribadi.

Uni rasa Uni perlu buat jadual supaya lebih berdisiplin menulis di blog, kan?


Kisah Mama Hari Ini

Sunday, January 5, 2020
Tadi singgah ke sek keb Haziq nak beli barang kat koperasi.

Sekali nampak kat dewan terbuka ada sorang murid tengah baca doa. Suara tu Uni cam, sangat familiar.

Sanggup Uni tak masuk koperasi dulu demi nak dengar murid tu baca doa, dan nak lihat betul ke orangnya yang Uni teka.

Dari jauh, nampak warna bajunya, kulitnya yang cerah, jam tangannya.

Bila doa diaminkan dan sewaktu murid tersebut memberikan semula mikrofon kepada cikgu, sah, itu Haziq yang baca doa, wakil kepada semua murid.

Dalam hati rasa terharu, Uni terus refleksi diri bahawa setiap anak itu Allah ciptakan ada lebihnya dan ada kurangnya.

Dia mungkin kurang dari satu segi, tapi Allah berikan dia lebih dari satu segi.

Sama juga macam diri kita, kita bukan hebat dalam semua benda.

Kita ada lebih sana, kurang sini, kurang sana, lebih sini.

Dan itulah yang menjadikan kita manusia, dan bukannya nabi. Kita memang tak sempurna semua segi.

Bila murid-murid mula beredar, Uni lihat Haziq pun beredar sambil Uni hantar aura moga Haziq toleh ke arah koperasi dan lihat Uni.

Seperti yang diharapkan, Haziq toleh dan terus lambai pada Uni ❤️

Happynya Mama (macam lama jer tak jumpa padahal pagi tadi Mama jugak yang hantar Haziq ke sekolah :D )

Uni lihat ke mana hala tuju Haziq berjalan. Uni sebenarnya tak tahu pun kat mana kelas Haziq.

Rupa-rupanya kelas Haziq sebaris dengan koperasi. Dekat jer!

Apalagi, terus ambil peluang panggil Haziq datang ke koperasi.

Bila Haziq sampai, Uni terus peluk cium Haziq. Suami gelak jer katanya, "kan Mama dah peluk cium Haziq pagi tadi".

Uni senyum jer, feeling sebagai ibu memang sukar nak diterjemahkan dengan kata-kata ❤️

Lepas tu Haziq terus masuk kelas dan barulah Uni masuk koperasi untuk buat belian.

Again, Uni rasa kita sebagai ibu perlu lebih memahami anak-anak kita.

Yang lebih, kita support moga bertambah cemerlang.

Yang kurang, kita bantu dia perbaiki mudah-mudahan dia tidak ketinggalan.

Terima kasih ya Allah atas peluang MASA hari ini.

Di saat aku hadir ke sekolah, di saat itu jualah Kau susunkan masa untuk aku melihat anakku membaca doa. Aku yakin semua ini bukan kebetulan.

Semoga aku terus sabar mendidik anak-anakku untuk kenal Allah, Rasulullah, Islam dan tentang kehidupan.


#MamaStory
#ShakleeWAHM
#MamaBanyakTopi
#LoveMyFamily